Sebagai seorang Anak Malaysia, jati diri dan pegangan rukun negara merupakan tunggak kepada kita untuk membentuk menjadi INSAN kaya dengan nilai-nilai keperibadian. Budi Bahasa yang tinggi turut melambangkan budaya bangsa Malaysia. Keamanan merupakan perkataan yg mudah diucap dan didengar tetapi amat sukar utk dikecapi, difahami dan dihargai.
Walaupun bumi bertuah ini sudah mencecah 60 Tahun Kemerdekaannya, namun masih terdapat pelbagai liku-liku cabaran yang harus ditempuhi dalam memastikan Keamanan negara terus berkekalan. Masa zaman remaja dulu, KUCINGLELAP sentiasa memikirkan bagaimana nak join askar... pergi bertugas diperbatasan supaya dapat menjamin negara sentiasa aman dan dapat balik tido macam pic kat atas tu...dalam usaha mencari keredhaan Ilahi, mungkin KUCINGLELAP bukanlah insan terpilih utk menjadi askar huhuhu..
Walaupun bumi bertuah ini sudah mencecah 60 Tahun Kemerdekaannya, namun masih terdapat pelbagai liku-liku cabaran yang harus ditempuhi dalam memastikan Keamanan negara terus berkekalan. Masa zaman remaja dulu, KUCINGLELAP sentiasa memikirkan bagaimana nak join askar... pergi bertugas diperbatasan supaya dapat menjamin negara sentiasa aman dan dapat balik tido macam pic kat atas tu...dalam usaha mencari keredhaan Ilahi, mungkin KUCINGLELAP bukanlah insan terpilih utk menjadi askar huhuhu..
Sambutan hari Kemerdekaan baru-baru ni, tetiba KUCINGLELAP mengimbas kembali Isu Pencerobohan Lahad Datu yang berlaku pada bulan Feb 2013. Ekoran peristiwa tu, KUCINGLELAP berasa sangat bersyukur dan berterima kasih dengan jasa keringat Perwira-Perwira tanah air yang BERJAGA siang/malam supaya rakyat Malaysia yang lain dpt tidur nyenyak mcm gambar KUCINGLELAP.
Semasa kembali meng- Google semula cerita-cerita lama dekat blogs/news dan FB, KUCINGLELAP banyak juga terjumpa komen-komen negatif kepada perwira tanah air berhubung kes pencerobohan ini. Ada yang kata menghabiskan beras je hantar ke sana, aniaya anak dan suami la, menghabiskan harta kerajaan la (byk lagi la komen...).
Kemudian KUCINGLELAP cuba membayangkan bagaimana sekiranya pencerobohan Sulu menawan Lahad Datu dan akhirnya berjaya merampas dan menawan Sabah waktu tu. Tidak dapat bayangkan bertapa rakyat di Sabah bakal menderita menjadi Tahanan Perang.
Sebenarnya apa yang KUCINGLELAP dapat lihat disini adalah kebenaran yang batil dan zahir tidaklah semuanya indah untuk didengar dengan telinga mahupun dilihat dengan mata sendiri. Namun tidak semua kelemahan yang digambarkan mereka ini, merupakan kelemahan negara kita tetapi ianya secara tidak langsung turut memaparkan kelebihan dan kekuatan yang terdapat pada negara Malaysia.
Pernah KUCINGLELAP ternampak kritikan dan kutukan berhubung dengan pergerakan pasukan keselamatan menggunakan Air Asia Airlines, perkara ini adalah tanggungjawab sosial yang wajib dilaksanakan oleh syarikat ini kerana isu pencerobohan di Lahad Datu sepatutnya menjadi tanggungjawab semua pihak dan setiap lapisan masyarakat bagi membantu memastikan keamanan negara terus berkekalan.
ESSCOMM |
ESSZONE |
Isu pembaziran yang dinyatakan oleh mereka ini seperti pembelian aset-aset ATM adalah membazirkan duit rakyat. Walhal yang sebenarnya benda yang berlaku tiada kaitan pun dengan mereka..susah untuk puaskan hati semua pihakkan. Bila bercakap tentang kelemahan perisikan, seolah-olah mereka ni semua perkara dan mengalahkan perbalahan antara profesor-profesor dan penganalisa yang bertauliah. KUCINGLELAP GARU KEPALA JAP...
Kalau KUCINGLELAP nak cerita lagi tentang isu ni, memang sampai bila-bila pun xde penghujungnya. Oleh yang demikian, KUCINGLELAP dah mula rasa mengantuk nak peluk kambing biri-biri. Akhir kata sebagai rakyat Malaysia, KUCINGLELAP ada sedikit pendapat yang ingin disampaikan. Selama 60 tahun kita telah merdeka, apakah sumbangan jasa dan bakti yang pernah dan rasa xcukup lagi untuk dicurahkan kepada negaraku Malaysia.
KUCINGLELAP rasa, anda tahu jawapannya....yang penting tepuk dada tanya selera...cuba tanya diri sendiri apakah sumbangan kita kepada negara?
#KUCINGLELAP
Good info..at least tahula serba sedikit mgenai isu isu semasa keselamatan negara. Mybe boleh tbahkan lagi tentang isu isu kselamatan lain yang lebih kritikal.
ReplyDelete